header image
 

Kejohanan Olahraga MSS 2010, SK.Lahad Datu II

banner sukan skld2

Lahad Datu.-4.November.2010. Majlis Perasmian dan Penutupan , Kejohanan Olahraga MSS 2010 Kali Ke-19, SK.Lahad Datu II telah berlangsung dekat sini hari ini.Kejohanan olahraga tersebut telah dilangsungkan di padang sekolah SK.Lahad Datu II.

Sebanyak 4 rumah sukan telah bertanding dalam kejohanan tersebut.Ianya melibatkan rumah sukan Rumah Kuning, Rumah Merah, Rumah Hijau dan Rumah Biru.Majlis penutupan kejohanan diserikan dengan perbarisan lintas langsung yang penuh warna warni.

uvs101108-007uvs101108-006

kuning````````````

naik bendera

Video Klip Gimik Perasmian & Penutupan MSS SK Lahad Datu II

Category:  Imbasan Peristiwa Semasa Sekitar PPD Lahad Datu Tahun 2010     

Pelancaran Kem membaca 1Malaysia Peringkat Daerah Lahad Datu 2010


BANNER OK

Lahad Datu – 8.November 2010 – Sempena Kempen membaca 1Malaysia, Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu telah melancarkan ‘ Kem Membaca 1Malaysia ‘ peringkat Daerah Lahad Datu, bertempat di SK.Pekan Lahad Datu , dekat sini hari ini. Ianya telah dirasmikan oleh En.Mohd.Zaini Bin Yanin, selaku Pegawai Pelajaran Daerah.

DSC06655Kem Membaca 1Malaysia merupakan salah satu  program Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan aktiviti dan  membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan di sekolah-sekolah.KemMembaca 1Malaysia dilancarkan serentak di sekolah-sekolah seluruh Malaysia yang bermula dari 8.November hingga 12 November 2010.

Antara objektif yang terkandung dalam Kem Membaca 1Malaysia ini adalah ianya bertujuan untuk mengerakkan aktiviti / program membaca di peringkat sekolah khususnya dengan menyemai serta memupuk minat suka membaca yang berterusan, khasnya selepas peperiksaan sekolah serta  sewaktu cuti sekolah.

Tema yang dipilih bagi tahun 2010 ialah ‘ Membaca Menjana Pemikiran Satu Malaysia’ .

[ Ulasan : Seperti mana yang difahami,konsep 1Malaysia bukanlah satu dasar ‘rigid’ mahupun ianya satu retorik agung yang perlu dilaksanakan secara konkrit.Lebih dari itu,semua rakyat Malaysia, tidak mengira agama, kaum atau bangsa perlu memahaminya dari satu aspek iaitu “Rakyat Didahulukan ,

Pencapaian Diutamakan’.Sejajar dengan itu, perkara teras yang harus diubah atau menjalani revolusi kesefahaman konsep tersebut adalah melalui pemikiran yang positif, dapat menerima pandangan serta keperluan semua rakyat.Cara terbaik untuk mengubah kefahaman ini adalah melalui penjanaan pemikiran yang dapat menerima input-input baru dan ini boleh direalisasikan melalui pembacaan ]


DSC06690DSC06677


DSC06674DSC06705



Dalam kata-kata alau-aluan perasmiannya, En.Mohd.Zaini Yanin,

Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu mengharapkan agar usaha untuk memupuk tabiat membaca di kalangan pelajar seharusnya dilakukan secara berterusan.Beliau juga merakamkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah SK Pekan Lahad Datu kerana sudi dijadikan tempat pelancaran pelksanaan Kem Membaca 1Malaysia peringkat daerah.


Sepanjang pelaksanakan Kem Membaca 1Malaysia 2010, SK.Pekan Lahad Datu telah merancangkan beberapa aktiviti.Antaranya seperti Pertandiangan Membaca tahap I & II serta Pra Sekolah,Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Mengeja , Pertandingan Kararoke serta Pertandingan Mengeja Jawi.


PPD1

En.Rahim Damit (PK1, SK.Pekan Lahad Datu)

Menyampaikan Cederamata

Kepada En.Mohd.Zaini Yanin, PPD Lahad Datu



Diharapkan usaha murni yang tersirat dalam pelaksanaan Kem Membaca 1Malaysia 2010 ini akan membuahkan impak yang berterusan demi mencapai hasrat dan harapan untuk melahirkan insan atau pelajar yang suka membaca.

Category:  Imbasan Peristiwa Semasa Sekitar PPD Lahad Datu Tahun 2010     

‘Malam Terima Kasih Cikgu’

Lahad Datu- 1 Jun 2010. Sempena Pelancaran Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2010, Majlis ‘Malam Terima Kasih Cikgu’ telah diadakan dekat sini hari ini.Malam ‘Terima Kasih Cikgu’ telah dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kunak dan telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Cina,Lahad Datu dekat sini.

ppnsMajlis tersebut telah dirasmikan oleh Dr.Muhiddin Yusin,Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.Dalam utusan ucapan alu-aluannya, Pengarah Pelajaran Sabah telah menegaskan bahawa guru telah,sedang dan akan terus melaksanakan peranannya sebagai pembina negara bangsa memandangkan rakyat Malaysia terdiri darpada masyarakat yang pelbagai kaum, bangsa, dan agama.Sudah pastinya peranan guru iru sendiri untuk melahirkan bangsa malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat bersama.Sejajar dengan itu,perpaduan yang sedia terjalin antara kaum perlu terus diperkukuh bagi mewujudkan suasana yang lebih maju,selamat,aman dan makmur.

Sementara itu,En.Zamri Pehakan,selaku Pegawai Pelajaran Daerah Kunak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Malam Terima Kasih Cikgu menjelaskan bahawa majlis tersebut diadakan dan direka bentuk seumpamanya,supaya masyarakat lebih sedar tentng perlunya guru-guru diberi penghargaan dan penghormatan atas sumbangan, jasa serta bakti yang dicurah sebagai pendidik. Beliau juga melahirkan harapan agar semua yang hadir pada malam tersebut akan menjadi lambang untuk mewakili semua guru yang berada di seluruh negeri Sabah bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri pada tahun ini.

z1

En.Zamri Pehakan Menyampaikan Cenderakenagan Kepada Pengarah JPNS

Dalam majlis tersebut beberapa anugerah telah disampaikan kepada guru-guru yang telah berjaya dipilih sebagai penerima.Antara kategori yang disampaikan ialah seperti Anugerah Guru Inovatif Individu & Kumpulan, Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Sekolah Bandar & Luar Bandar, Pensyarah Inovatif Istitut Pendidikan Guru Malaysia Zon Sabah Individu & Kumpulan, Anugerah Bakti Pedalaman, Anugerah Guru Pendidikan Khas, Anugerah (Pemimpin) Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi dan Anugerah Guru Dalam Teknologi Maklumat dan Komunkasi.

p1

p2

p3

p4

p5

p6Sebahagian Daripada Penerim-Penerima Anugerah

Majlis ‘Malam Terima Kasih Cikgu’ telah diserikan lagi dengan persembahan tarian sambut tamu , persembahan nyanyian serta persembahan tarian tradisional.Majlis tersebut telah dihadiri oleh guru-guru dan staf Pejabat Pelajaran Sekitar Daerah Kunak,Lahad Datu dan Kinabatangan.

tarian1

tarian2

nyanyi3

myalbum

Category:  Sambutan Maulidurasul Peringkat Daerah 2010     

Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah Ke-39 2010

BACK DROP HARI GURU BLOG

Lahad Datu- 3 Jun 2010. Pelancaran Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah Ke-39 telah dilangsungkan dekat sini hari ini.Pelancaran sambutan Hari Guru 2010 tersebut telah diadakan di Dewan Perdana Lahad Datu .Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah Ke-39 tersebut telah dirasmikan pelancarannya oleh Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman,Ketua Menteri Sabah serta Daerah Lahad Datu telah dijadikan tuan ruamh majlis pelancaran.

perasmian

Majlis Perasmian Oleh Y.A.B Ketua Menteri Sabah

Dalam kata alu-aluannya Y.A.B Ketua Menteri Sabah menyentuh sambutan Hari guru yang diadakan adalah bukti penghargaan serta pengiktirafan kerajaan terhadap jasa dan sumbangan para guru dalam memertabatkan bidang pendidikan yang menjadi tunjang kemajuan negara.

Beliau juga melahirkan harapan, Daerah Lahad Datu yang telah dipilih menjadi tuan rumah sambutan hari Guru Peringkat Negeri Sabah Kali ini akan mendapat impak dan menfaat positif , khususnya di kalangan masyrakat setempat bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan.

Sementara itu dalam kata alu-aluannya ,Dr.Hj.Muhiddin Yusin,selaku Pengarah pelajaran Negeri Sabah menyentuh tentang tema sambutan Hari Guru iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa”. Menurut beliau tema yang dipilih adalah menepati hasrat kerajaan untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua rakyat bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia”Rakyat didahulukan,Pencapaian Diutamakan”. Tambah beliau lagi negara yang telah banyak mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang adalah hasil berkat ketekunan dan cita-cita para guru untuk memberi pendidikan terbaik kepada rakyat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa hadapan.

Dalam majlis tersebut, 3 tokoh telah terpilih sebagai ‘Tokoh Guru’ Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah Ke-39 Tahun 2010.Tokoh-tokoh guru tersebut ialah Datuk Rita Bagong @ Jaafar , Datuk Amin Bin Arif (diwakilkan kepada anak beliau) dan Datuk Normah Bte. Gagoh.

TOKOH GURUTokoh Guru 2010

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah Ke-39 tersebut diisi dengan persembahan sembah tari, gimik pelancaran sambutan, upacara menaikkan bendera Hari Guru,Bacaan Ikrar Hari Guru,Persembahan Koir, penyampaian hadiah dan penganugerahan tokoh guru serta penyampaian cenderamata kenangan.

IKRAR
Bacaan Ikrar Guru

Sembah Tari

Sembah Tari Oleh Murid Pra Sekolah SK.Lahad Datu II

koir HG 2010

Persembahan Koir Oleh Guru-Guru SK.Lahad Datu II

[ Klik Di Sini Untuk Menonton Video Klip Koir ]

Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah Ke-39 tahun ini melibatkan 3 PPD sebagi pengelola iaitu PPD Lahad Datu sebagai pengelola Majlis Pelancaran Sambutan , PPD Kinabatangan bagi pengelolaan ‘ Seminar Pendidikan ‘ dan PPD Kunak sebagai pengelola ‘ Malam Terima Kasih Cikgu ‘ .

En.Mohd.Zaini Bin Yanin,Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, dalam kata alu-aluannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan pengelolaan Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah Ke-39 tahun ini.

craw2

Crew BTPN Sabah

penonton1

penonton2

Sebahagian Daripada Penonton Yang Hadir

Category:  Imbasan Peristiwa Semasa Sekitar PPD Lahad Datu Tahun 2010     

Mesyarat Jawatankuasa Galakan Tabiat Membaca Daerah Lahad Datu Bil.1/2010

Lahad Datu- Pusat Kegiatan Guru,Lahad Datu, 11. Februari. 2010 . Mesyuarat Jawatan Kuasa Galakan Tabit Membaca Peringkat Daerah Lahad Datu bil 1/2010,telah dijalankan dekat sini hari ini. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tim.Pegawai Pelajaran daerah Lahad Datu Pn.Junainah Lo, selaku wakil Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu.

GGTM1

Pn.Junainah Lo,Tim.Peg.Pelajaran Daerah Lahad Datu
sedang memberi penjelasan bersama
Pn.Maimunah Ali Osman Peg.Teknologi Pendidikan Bahagian Tawau

Sebanyak 51 buah sekolah sekitar sini telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut.Ianya melibatkan guru-guru Penolong Kanan Pentadbiran (I) sekolah. Mesyuarat kali ini lebih menekankan kepada pelaksaan program galakan tabiat membaca di peringkat sekolah mahu pun daerah.Menurut Pn. Junainah Lo, antara program bagi mengerak tabiat membaca seperti Program Nilam misalnya yang sebelum ini tidak begitu mendapat fokus utama sekolah-sekolah, haruslah digerakkan sepenuhnya oleh pihak pengurusan sekolah.

Beliau menambah, aktiviti-aktiviti membaca di peringkat sekolah seharusnya dijadikan aktiviti yang terancang di mana pihak pengurusan sekolah seharusnya memainkan peranan penting dalam pelaksanaannya.Ianya boleh dirancang dan di kemukakan dalam mesyurat kurikulum sekolah.Pusat sumber sekolah juga seharusnya dijadikan tempat untuk mencari ilmu pengetahuan apatah lagi bagi menggerakkan program gerakan taabiat membaca di peringkat sekolah.

” Pusat sumber sekolah seharusnya sentiasa dibuka setiap hari pada waktu persekolahan.Penggunaan pusat sumber sekolah sebagai tempat menambah ilmu pengetahuan seharusnya digerakkan secara maksima.Pihak sekolah juga seharusnya sentiasa menghidupkan amalan membaca dengan program-program yang terancang ” , demikian menurut Pn.Junainah Lo,Timbalan Pegawai Pelajaran daerah Lahad Datu.

Beliau seterusnya memaklumkan peranan yang seharusnya dimainkan oleh Guru Penolong Kanan I dalam menjayakan Program Nilam di peringkat sekolah serta pelaksanaannya seharusnya mengikut garis panduan yang betul.Ianya termasuk juga penubuhan jawatan kuasa Nilam sekolah mestilah terancang,berfungsi serta dilaksanakan sepenuhnya.

Dalam mesyuarat tersebut juga PTP Pusat Kegiatan Guru Lahad Datu ,En.Daman Jemu juga telah menyampaikan taklimat berhubung dengan pelaksanan Program Nilam dan peranan yang seharusnya dimainkan oleh jawatan kuasa Nilam yang dibentuk.Ianya termasuk pelaporan aktiviti yang berhubung dengan galakan tabiat membaca yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah seharusnya dilaporan ke Pejabat Pelajaran Daerah, agar jawatan kuasa daerah dapat mengumpulkan maklumat tersebut dan dibentangkan oleh pegawai pelajaran di mesyuarat galakan taabiat membaca peringkat negeri setiap akhir tahun.

GGTM2Guru-guru Penolong Kanan I yang menghadiri mesyuarat

Sementara itu,Pn. Maimunah Ali Osman selaku Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Tawau yang juga turut serta dalam mesyuarat tersebut telah membentangkan taklimat berhubung ‘Projek Inovasi Rakan Nilam’ yang sedang dalam pelaksanaan di peringkat bahagian Tawau.Beliau juga memberikan makluman bahawa bagi tahun ini, daerah Lahad Datu telah menghantar wakil 2 orang calon tokoh Nilam ke pertandingan peringkat negeri iaitu dari SMK Sepagaya dan SK.Tanjung Labian.Beliau juga menaruh harapan agar sekolah-sekolah di daerah ini sentiasa merancang dan melaksanakan program gerakan tabiat membaca demi faedah dan menafaatnya kepada semua pelajar.Beliau menambah program seumpama itu merupakan program kementerian yang seharusnya diberi tumpuan dan dilaksanakan di setiap sekolah.

Di akhir sesi mesyuarat, pihak PKG Lahad Datu meminta agar semua sekolah dapat memberi salinan aktiviti-aktiviti yang dirancang berdasarkan takwim sekolah yang berkaitan aktiviti-aktiviti yang galakan tabiaat membaca.Mesyuarat telah ditangguhkan ke tarikh dan tempat yang akan ditentukan kemudian.

by-dj

Category:  Imbasan Peristiwa Semasa Sekitar PPD Lahad Datu Tahun 2010     

Program Jangkau Luar ASTRO On Wheels SK Pekan 2010

Lahad Datu- SK Pekan Lahad Datu, 27.Januari.2010.Pihak kampus ASTRO telah mengadakan program jangkau luar on wheels yang berlangsung dekat sini hari ini.Program yang berjalan selama sehari tersebut telah dibuat di dataran perkarangan sekolah SK.Pekan Lahad Datu.

Program tersebut merupakan salah satu program jelajah yang berkaitan dengan pelaksanaan kampus ASTRO di sekolah-sekolah yang juga melibatkan kerjasama daripada pihak Bahagian Teknologi Pendidikan. Antara objektif utama Program jangkau luar kampus ASTRO On Wheels ini diadakan adalah seperti berikut :-

i. Ianya bertujuan untuk mendekatkan diri para pelajar dengan fokus penekan terhadap sains,matematik dan bahasa.

ii. Memberi peluang kepada seluruh lapisan masyarakat terutamanya kepada para pelajar untuk meneroka dan
mendalami pengetahuan berkaitan sains,matematik mahupun bahasa dengan aktiviti luar kelas.

Category:  Imbasan Peristiwa Semasa Sekitar PPD Lahad Datu Tahun 2010     

Hari Anugerah Cemerlang SM Sains Lahad Datu Kali Ke-19

sms3

Lahad Datu- Ahad,27.Mac.2010 .Bertempat di Dewan Seri Bayu SM Sains Lahad Datu,telah berlangsung majlis anugerah kecemerlangan dekat sini hari ini.Majlis kecemerlangan tersebut diadakan bagi mengiktiraf pelajar-pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan sekolah dan awam (PMR & SPM) yang telah ditempuhi.

Majlis Hari Anugerah Cemerlang SM Sains Lahad Datu telah disempurnakan perasmiannya oleh En.Mohd.Zaini Yanin selaku Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu.

sms2Dalam ucapan alu-aluannya, En.Mohd Zaini Yanin memaklumkan bahawa pihak PPD telah mencalonkan SM Sains Lahad datu sebagai salah satu sekolah berprestasi tinggi.Beliau berharap agar pihak sekolah dapat mencapai hasrat tersebut dengan adanya bantuan daripada pihak PIBG sekolah mahupun pihak Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu. En.Mohd.Zaini Yanin juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.

Tuan Hj.Eko Sukohidayat Sunarto,Pengetua Cemerlang SM Sains Lahad Datu juga telah menyentuh tentang sms1harapan dan hasrat sekolah untuk menjadikan SM Sains Lahad Datu sebagai salah satu sekolah berprestasi tinggi, dalam kata-kata alau-aluannya.Sikap kerjasama yang tinggi adalah perlu untuk mancapai kecemerlangan pelajar, di samping hasrat melahirkan sahsiah dan model insan pelajar yang cemerlang.Beliau juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada PIBG sekolah yang mana telah banyak membantu untuk mencapai hasrat tersebut.Ianya termasuklah program-program kecemerlangan pelajar yang berbentuk bengkel serta seminar yang telah dianjur oleh pihak sekolah dan sepenuhnya telah mendapat kerjasama dan bantuan daripada pihak PIBG sekolah.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En.Abdul Raof Muhammad Nor, selaku YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini.Dalam kata-kata aluannya,beliau menyatakan tetang peranaan PIBG sekolah yang sentiasa menyokong dan membantu pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik.

Dalam majlis tersebut sebanyak 1o kategori anugerah kecemeralangan telah disampaikan.Ianya termasuklah penerima anugerah pencapaian 8A PMR sebanyak 30 orang dan 9A SPM sebanyak 6 orang.

SMS7

SMS8

Sebahagian Pelajar Yang Menerima Anugerah Kecemerlangan

SMS6

Sebahagian Ibu Bapa Yang Mewakli Pelajar Untuk Menerima Anugerah

Majlis diserikan lagi dengan persembahan dikir barat dan nyanyian nyasid yang telah disampaikan oleh pelajar-pelajar sekolah, SM Sains sendiri.

sms4

Persembahan Nyasid Pelajar-Pelajar SM Sains

sms5

Category:  Imbasan Peristiwa Semasa Sekitar PPD Lahad Datu Tahun 2010     

Kejohanan Balapan & Padang MSS Peringkat Daerah Lahad Datu 25-28.Mac.2010

mss1

Lahad Datu- SM Teknik Lahad Datu 28.Mac.2010.Acara Kejohanan Balapan Dan Padang MSS Peringkat Daerah Lahad Datu 2010 telah berlangsung dekat sini hari ini.Kejohanan tersebut telah berlangsung selama 4 hari di padang utama SM Teknik Lahad Datu,bermula dari 25.Mac.2010 lalu.Majlis penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh En.Mohd.Zaini Bin Yanin, selaku Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu.

Dalam ucapan perasmiannya,En.Mohd.Zaini Yanin ,Pegawai Pelajaran daerah Lahad Datu mengambil kesempatan untuk merakaman penghargaan yang tidak terhingga kepada semua ahli jawatan kuasa kejohanan yang bertungkus lumus menjayakan kejohanan pada tahun ini.Termasuk juga rakaman terima kasih beliau kepada semua guru besar dan pengetua sekolah sekitar daerah ini yang telah memmberi sokongan, komitmen serta kerjasama yang tinggi bagi menjayakan kejohanan balapan dan padang kali ini.

Sementara itu, selaku pengerusi pengeloa kejohanan tahun ini,En. Tiaziz Matlan, Pengetua SM Teknik Lahad Datu juga mengambil kesempatan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang tidak menghirau hujan serta panas selama 4 hari , semata-mata bagi membantu menjayakan kejohanan kali ini.

Bagi acara perbarisan lintas hormat, SMK Teknik dan Zon Silabukan telah diumumkan sebagai pasukan perbarisan terbaik ,masing-masing bagi kategori sekolah menengah dan rendah.

mss2

Sementara itu bagi keputusan olahragawan dan olehragawati mengikut kategori adalah seperti berikut :-

a. Kategori 12 tahun ke bawah
Olahragawan – Suharman Rosidi ( Zon Tungku)
Olahragawati – Norasyikin Gandoh (Zon Tungku)
b.Kategori 15 Tahun ke bawah
Olahragawan – Mohd.Zabiri Riwat (SMK Agaseh)
Olahragawati – Norhafizah (SMK Agaseh)
c.Kategori 18 Tahun ke bawah -
Olahragawan – Saharonizam Hasan ( SMK Desa Kencana)
Olahragawati – Liana Damit ( SMK Desa Kencana)

mss3

Di akhir upacara penutupan ,SMK Desa Kencana dengan pungutan pingat 34(emas),16(perak),9 (gangsa) dan Zon Tungku dengan perolehan pingat 6(emas),7(perak), 3(gangsa), masing-masing telah diisytiharkan sebagai johan keseluruhan kategori sekolah menengah dan rendah.

mss4

Walaupun ketika ini, peruntukan kewangan bagi mejayakan kejohanan seumpama itu agak tidak mengizinkan namun atas inisiatif pihak penganjur terutamanya Unit Sukan [UPK] Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu beserta dengan kerjasama daripada pihak sekolah sekitar daerah ini, kejohanan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Para pemenang dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSS peringkat daerah kali ini akan mewakili daerah Lahad Datu di kejohanan yang sama peringkat Tenggara nanti.

by-dj

Category:  Imbasan Peristiwa Semasa Sekitar PPD Lahad Datu Tahun 2010     

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Lahad Datu 2010

Lahad Datu- SK. Lahad Datu II,24 Mac.Pertandingan bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah,Peringkat Daerah Lahad Datu 2009 telah diadakan dekat sini hari ini.Pertandingan tersebut telah berlangsung di Dewan Kirana Sari , SK. Lahad Datu II.

aksi

Video Klip Johan Bercerita Tahap II

Sebanyak 13 peserta tahap I dan 14 peserta tahap II dari 15 buah sekolah rendah  sekitar sini telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Dalam kategori penyertaan tahap I , adik Nursyafiqka Najiha Juma dari SK. Lahad Datu IV ,  telah menduduki tempat pertama.Sementara adik       Haziqah Atirah Udin (SK.Payang) dan    Mohd. Nizam Jepri (SK.Sahabat IV) adik masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Bagi ketegori tahap II pula, adik Nurul Ainy Syafiqah Abdul Rahman dari SK.Sahabt 16 telah menduduki tempat pertama.Beliau juga merupakan johan pertandingan bercerita tahun lalu.Sementara itu adik   Nur Nadhirah Wasli (SK. Lahad Datu II)  dan  Norfadilah Hamid (SK.Lahad Datu IV)     adik masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Pemenang Tahap I

En.Razak Tig Loi , Guru Besar SK Uneco Desa
Menyampaikan Hadiah Para Pemenang Kategori Tahap I
Pemenang Tahap II
En.Kassah Masrah, Guru Besar SK Lahad Datu II
Mdenyampaikan Hadiah Kepada Para Pemenang Kategori Tahap II

ppdDalam kata-kata  aluan perasmian pertandingan,En.Mohd.Zaini Yanin selaku Tuan Pegawai Pelajaran Daerah merakamkan ucapan setinggi-tinggi  penghargaan dan syabas kepada pihak pengelola kerana dapat melaksanakan program PPD daerah dengan jayanya.Ditambah, dengan kekangan peruntukan kewangan dewasa ini tidak menjadi penghalang bagi penganjuran pertandingan. Beliau juga merakamkan rasa gembira dengan penyertaan yang menggalakkan dari sekolah-sekolah sekitar sini bagi memeriahkan lagi pertandingan tersebut,termasuk persediaan yang membanggakan oleh pihak penganjur dalam menjayakan pertandingan kali ini.

En.Mohd.Zaini Yanin juga menyatakan, pengajuran kali ini agak berlainan sedikit dengan penganjuran sebelum ini kerana penganjuran kali ini,murid telah diberi tanggungjawab  sama sebagai juru acara majlis perasmian. Pendekatan sedemikian tambah beliau lagi merupakan pendekatan yang berkesan sebagai pendedahan awal murid dalam usaha menerap keyakinan diri pelajar, berucap di khalayak ramai.Ini juga merupakan usaha yang mampu membantu murid dalam kecemerlangan kokurikulum dan persedian bagi memasuki pusat pengajian tinggi suatu hari kelak.

kasaSementara itu, En.Kassah Masrah selaku Guru Besar SK Lahad Datu II merakap tuan rumah penganjuran pertandingan merakamkan setinggi-tinggi pengahrgaan beliau kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan penganjuran pertandingan kali ini.


koir

Persembahan Koir  ’1 Malaysia’ Pelajar-Pelajar SK.Lahad Datu II

hakim

Barisan Para Hakim Pertandingan

penontonSebahagian Daripada Penonton Yang Menyaksikan Pertandingan

persiapan

Category:  Imbasan Peristiwa Semasa Sekitar PPD Lahad Datu Tahun 2010     

Pemantauan Hari Pertama Sesi Persekolahan 2010 Oleh PP BTPN Sabah

Category:  Imbasan Peristiwa Semasa Sekitar PPD Lahad Datu Tahun 2010