Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Lahad Datu 2010
Lahad Datu- SK. Lahad Datu II,24 Mac.Pertandingan bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah,Peringkat Daerah Lahad Datu 2009 telah diadakan dekat sini hari ini.Pertandingan tersebut telah berlangsung di Dewan Kirana Sari , SK. Lahad Datu II.
Video Klip Johan Bercerita Tahap II
Sebanyak 13 peserta tahap I dan 14 peserta tahap II dari 15 buah sekolah rendah sekitar sini telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Dalam kategori penyertaan tahap I , adik Nursyafiqka Najiha Juma dari SK. Lahad Datu IV , telah menduduki tempat pertama.Sementara adik Haziqah Atirah Udin (SK.Payang) dan Mohd. Nizam Jepri (SK.Sahabat IV) adik masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Bagi ketegori tahap II pula, adik Nurul Ainy Syafiqah Abdul Rahman dari SK.Sahabt 16 telah menduduki tempat pertama.Beliau juga merupakan johan pertandingan bercerita tahun lalu.Sementara itu adik Nur Nadhirah Wasli (SK. Lahad Datu II) dan Norfadilah Hamid (SK.Lahad Datu IV) adik masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
En.Razak Tig Loi , Guru Besar SK Uneco Desa Menyampaikan Hadiah Para Pemenang Kategori Tahap I
En.Kassah Masrah, Guru Besar SK Lahad Datu II
Mdenyampaikan Hadiah Kepada Para Pemenang Kategori Tahap II
Dalam kata-kata aluan perasmian pertandingan,En.Mohd.Zaini Yanin selaku Tuan Pegawai Pelajaran Daerah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada pihak pengelola kerana dapat melaksanakan program PPD daerah dengan jayanya.Ditambah, dengan kekangan peruntukan kewangan dewasa ini tidak menjadi penghalang bagi penganjuran pertandingan. Beliau juga merakamkan rasa gembira dengan penyertaan yang menggalakkan dari sekolah-sekolah sekitar sini bagi memeriahkan lagi pertandingan tersebut,termasuk persediaan yang membanggakan oleh pihak penganjur dalam menjayakan pertandingan kali ini.
En.Mohd.Zaini Yanin juga menyatakan, pengajuran kali ini agak berlainan sedikit dengan penganjuran sebelum ini kerana penganjuran kali ini,murid telah diberi tanggungjawab sama sebagai juru acara majlis perasmian. Pendekatan sedemikian tambah beliau lagi merupakan pendekatan yang berkesan sebagai pendedahan awal murid dalam usaha menerap keyakinan diri pelajar, berucap di khalayak ramai.Ini juga merupakan usaha yang mampu membantu murid dalam kecemerlangan kokurikulum dan persedian bagi memasuki pusat pengajian tinggi suatu hari kelak.
Sementara itu, En.Kassah Masrah selaku Guru Besar SK Lahad Datu II merakap tuan rumah penganjuran pertandingan merakamkan setinggi-tinggi pengahrgaan beliau kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan penganjuran pertandingan kali ini.
Persembahan Koir ’1 Malaysia’ Pelajar-Pelajar SK.Lahad Datu II
Barisan Para Hakim Pertandingan
Sebahagian Daripada Penonton Yang Menyaksikan Pertandingan





