Pelancaran Kem membaca 1Malaysia Peringkat Daerah Lahad Datu 2010
Lahad Datu – 8.November 2010 – Sempena Kempen membaca 1Malaysia, Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu telah melancarkan ‘ Kem Membaca 1Malaysia ‘ peringkat Daerah Lahad Datu, bertempat di SK.Pekan Lahad Datu , dekat sini hari ini. Ianya telah dirasmikan oleh En.Mohd.Zaini Bin Yanin, selaku Pegawai Pelajaran Daerah.
Kem Membaca 1Malaysia merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan aktiviti dan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan di sekolah-sekolah.KemMembaca 1Malaysia dilancarkan serentak di sekolah-sekolah seluruh Malaysia yang bermula dari 8.November hingga 12 November 2010.
Antara objektif yang terkandung dalam Kem Membaca 1Malaysia ini adalah ianya bertujuan untuk mengerakkan aktiviti / program membaca di peringkat sekolah khususnya dengan menyemai serta memupuk minat suka membaca yang berterusan, khasnya selepas peperiksaan sekolah serta sewaktu cuti sekolah.
Tema yang dipilih bagi tahun 2010 ialah ‘ Membaca Menjana Pemikiran Satu Malaysia’ .
[ Ulasan : Seperti mana yang difahami,konsep 1Malaysia bukanlah satu dasar ‘rigid’ mahupun ianya satu retorik agung yang perlu dilaksanakan secara konkrit.Lebih dari itu,semua rakyat Malaysia, tidak mengira agama, kaum atau bangsa perlu memahaminya dari satu aspek iaitu “Rakyat Didahulukan ,
Pencapaian Diutamakan’.Sejajar dengan itu, perkara teras yang harus diubah atau menjalani revolusi kesefahaman konsep tersebut adalah melalui pemikiran yang positif, dapat menerima pandangan serta keperluan semua rakyat.Cara terbaik untuk mengubah kefahaman ini adalah melalui penjanaan pemikiran yang dapat menerima input-input baru dan ini boleh direalisasikan melalui pembacaan ]
Dalam kata-kata alau-aluan perasmiannya, En.Mohd.Zaini Yanin,
Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu mengharapkan agar usaha untuk memupuk tabiat membaca di kalangan pelajar seharusnya dilakukan secara berterusan.Beliau juga merakamkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah SK Pekan Lahad Datu kerana sudi dijadikan tempat pelancaran pelksanaan Kem Membaca 1Malaysia peringkat daerah.
Sepanjang pelaksanakan Kem Membaca 1Malaysia 2010, SK.Pekan Lahad Datu telah merancangkan beberapa aktiviti.Antaranya seperti Pertandiangan Membaca tahap I & II serta Pra Sekolah,Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Mengeja , Pertandingan Kararoke serta Pertandingan Mengeja Jawi.
En.Rahim Damit (PK1, SK.Pekan Lahad Datu)
Menyampaikan Cederamata
Kepada En.Mohd.Zaini Yanin, PPD Lahad Datu
Diharapkan usaha murni yang tersirat dalam pelaksanaan Kem Membaca 1Malaysia 2010 ini akan membuahkan impak yang berterusan demi mencapai hasrat dan harapan untuk melahirkan insan atau pelajar yang suka membaca.







